Tentang Kami

PENGENALAN

Pelamin Husna Hana telah diuruskan oleh En Hisham, Puan Fiza serta beberapa team yang mempunyai minat yang mendalam dalam dunia dekorasi dan andaman terutamanya yang berkaitan dengan dunia perkahwinan. Walaupun hanya beroperasi secara online, namun dengan layanan dan perkhidmatan yang terbaik, Pelamin Husna Hana mampu mengumpul pelanggan yang ramai sejak awal penglibatannya dalam bidang ini.

Pengalaman

Berbekalkan dengan pengalaman lalu, kami boleh memberi idea serta cadangan yang bersesuaian kepada pelanggan kami. Pelbagai jenis tema pelamin telah mendapat tempat di hati pelanggan kami bersesuaian dengan harga yang ditawarkan. Antara pelamin yang ditawarkan adalah pelamin bertunang, pelamin bersanding, majlis akad nikah, bayi berendoi, majlis persaraan mengikut tema serta dulang hantaran.

ANTARA PERKHIDMATAN YANG KAMI SEDIAKAN

Pelamin bertunang, Pelamin bersanding, Majlis akad nikah, Bayi berendoi, Majlis persaraan mengikut tema, Dulang hantaran & Solekan

PAKEJ PELAMIN

Selain memberi perkhidmatan pelamin, kami juga menyediakan beberapa lagi perkhidmatan dan produk yang berkaitan dengan dunia solekan & andaman serta perkahwinan. Kami membekalkan aneka bunga, daun dan aksesori yang berkaitan dengan pelamin, pengantin dan perkahwinan serta perkhidmatan solekan bagi yang berminat.